Penyeragaman ISI Mikrometer

Istilah mikron dan simbolnya ยต yang melambangkan mikrometer telah diterima secara rasmi di antara 1879 hingga 1967, tetapi ia ditarik balik secara rasmi pada 1967.

Namun begitu, istilah "mikron" masih lagi menjadi istilah yang digunakan secara meluas berbanding "mikrometer" di kebanyakan negara berbahasa Inggeris dalam bidang sains akademik (termasuk geologi, biologi, fizik dan astronomi) dan sains gunaan (seperti pemesinan, industri semikonduktor dan industri pembuatan plastik).

Tambahan pula dalam Bahasa Inggeris Amerika penggunaan "mikron" boleh membezakannya dengan mikrometer, satu alat mengukur, kerana nama unit ini dalam ejaan Amerika adalah satu homograf dengan nama alatan ini. Istilah "mikron" masih lagi digunakan secara meluas dalam negara berbahasa Inggeris.